#moviedate COCO - ingatan pada yang sudah pergi


Minggu lepas aku pergi tengok Coco. Umar Musleh beriya-iya ajak aku dengan babah dia tengok. Hari-hari tengok trailer kat youtube. Asal aku buka google je, dia tanya, “mama nak cari tiket coco ke?”. Haa..sudah. pening kena asak ajakan tengok Coco..maka aku heret lah tuan mat jack untuk meluangkan ‘family time’ di GSC, Setia City Mall. As usual, mama lah kena belanja. The rule is siapa ajak siapa, dia kena belanja. Hahaha. Ok. Fine. 3 orang, 37 hengget.
Coco ni cerita dari walt Disney. My all-time favorite company. Dari kecik tengok kartun walt Disney tanpa gagal. Tapi aku tak pernah berangan jadi princess ke, snow white ke, sleeping beauty ke. Never. Pernah pakai gaun tingkat-tingkat masa dulu. Tapi kena gelak & bahankan dengan kawan-kawan aku. Sebab apa? Sebab geng-geng blok felda aku semua jantan. Dengan imej tomboyish aku, kalau pakai gaun memang kena bahan 24 jam. Hati kena kental kalau nak geng jejantan ni. Rambut kerinting, potong pendek. Tak pernah panjang sebab hajah par kata susah bela. Kulit hitam berdaki sebab rajin main panas. Memang tak pernah pula berangan jadi princess. Tapi pernah berangan jadi dayang senandung. Lepas beranak putih. Muahaha. Efeknya, putih sikit laa lepas beranakkan umar musleh. :P
Eh, sebenarnya aku nak cerita pasal Coco ni. Ni bukan si coco lots of mixed tu tau. Ni coco cartoon by walt Disney tu. Coco ni nama great grandma (moyang) kepada budak kecik hero, nama Miguel Rivera. Keluarga Rivera ni banned muzik dari kehidupan diorang. Bayangkan family mexico tanpa muzik? Macam mustahil kan? Orang mexico memang sinonim dengan hiburan dan muzik. Punca diorang banned ialah ayah pada coco, pemuzik yang tinggalkan family dan kampung demi cita-cita pada muzik. Tak balik kampung bertahun-tahun. Mak coco ni besarkan coco sorang-sorang dengan jadi tukang kasut. Dan pekerjaan ni diwarisi tiap legasi. Tapi Miguel ni tak suka jadi tukang kasut. Dia nak jadi pemuzik. Dia belajar muzik senyap-senyap. Idola dia ialah Ernesto de la Cruz.
 Satu hari dalam minggu Dia de Muertos (day of the dead), Miguel nekad nak masuk pertandingan ujibakat. Tapi entah macammana kantoi dengan grandma dia, Abuelita. Gaduh-gaduh, dia terpecahkan frame yang ada gambar great-great grandpa & great-great grandma dia. Tapi gambar great-great grandpa dia tanpa muka, dah kena koyakkan.  Ada lipatan tepi, great-great grandpa dia tengah pegang gitar rupanya. Gitar tu pula sama exactly dengan Ernesto punya gitar. Dan akhirnya dia tahu Ernesto tu great-great grandpa dia. Lagilah dia semangat nak masuk talentime tu.
Tapi gitar dia dah kena hancurkan dengan Abuelita. Tahu apa dia buat? Dia ceroboh makam si Ernesto dan curi. Akibatnya, dia ter’masuk’ ke alam orang mati. Ni part yang best. Visual dia sangat best. Day of the dead ni ialah kepercayaan orang-orang mexico bahawa roh-roh nenek moyang diorang akan balik dan ziarah. Tapi dengan syarat, kena letak gambar diorang kat ‘ofrenda’ (tempat letak gambar orang mati kat rumah keluarga masing-masing). Kalau takde gambar, diorang tak boleh cross dan visit family.
Orang semua tak boleh nampak Miguel. Tengah dia lari ketakutan, dia jumpa family dia yang dah mati. Tapi ada masalah. Great-great grandma tak boleh cross sebab takde gambar. Rupanya Miguel curi gambar tu sebab teruja tahu datuk dia Ernesto. Syarat dia nak balik ke alam manusia, family member yang dah mati kena bless dia guna kuntum bunga Aztec marigold. Great-great grandma setuju bless dia tapi dengan syarat jangan berkecimpung dalam arena muzik. Dia setuju. Tapi sampai je alam manusia, dia curi semula gitar tu dan balik semula ke alam orang mati. Kali ni dia larikan diri sebab dia nak Ernesto yang bless dia. So, dalam usaha nak jumpa Ernesto dia berkenalan dengan Hector. Hector ni macam gelandangan. Sebab dia tak pernah dapat cross. Famili dia tak pernah letak gambar dia. Hector ni tolong dia nak jumpa Ernesto. Tapi macam-macam kisah jadi.
Kononnya prinsipnya mereka percaya selagi ada ingatan kita yang hidup pada orang yang dah mati, maka yang dah mati tu boleh happily jalani hidup diorang kat alam orang mati. Kalau memang dah takde sape ingat pada orang mati tu, maka orang mati tu akan terus jadi debu dan hilang.
Hector ni pun dah berkelip-kelip. Sebab orang yang ingat dia Cuma anak perempuan dia. Dan anak perempuan dia pun dah nyanyuk rupanya.
Apa jadi pada Hector? Dapat tak Miguel jumpa datuk dia dan balik kea lam manusia? Korang beli la tiket dan tonton. Serious best. Visual mantap. Lagu Sedap.
Cuma apa yang aku nak cakap ialah tentang ingatan pada orang yang pergi tinggalkan kita. Bagi kita sebagai muslim, doa itulah ingatan. Dan ada 3 perkara yang akan jadi harta kita selamanya sampai kat alam satu lagi nanti ialah:
 1. Sedekah jariah kita. Maknanya, apa yang kita miliki sekarang ni bukan kita punya. Tapi apa yang kita bagi kat orang itulah yang sebenarnya harta kekal kita.
2. Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain. Jadi korang faham kan kenapa aku suka belanja ilmu syariah FREE?.
3. Anak-anak yang soleh. Sebab anak-anak inilah yang akan doakan kita tanpa henti.  
Jadi, bagi kita yang sudah kehilangan orang tersayang..teruskan berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di alam sana. Kita percaya itulah sebaik-baik ingatan untuk mereka yang sudah tiada.
Alfatihah~

Comments

Popular Posts